Ustaz Nasa… Bersabar Dalam Menghadapi Fitnah…
Oleh: Awang Kita


 

Saya merujuk kepada artikel Tulang Besi yang secara terang-terang nampaknya memang nak menghapuskan Ust Nasarudin daripada PAS. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden PAS ni sangat jijik dan berbaur fitnah, penuh dengan prasangka buruk dan semberono...

Pernyataan dan ulasan Tulang Besi yang mengatakan bahawa Ust Nasa adalah fraksi UMNO sebenarnya menelanjangkan diri Tulang Besi yang sebenarnya iaitu samada memang Tulang Besi ahli UMNO yang ditugaskan untuk memecahbelahkan PAS, atau seorang rakyat biasa, yang tak pernah kenal PAS, atau ahli PAS yang mungkin dah lama, tapi buta hati dan jiwa tentang perjuangan PAS...mungkin Tulang Besi merupakan ahli PAS yang tergolong diantara orang-orang yang 'terpilih' untuk mempunyai saham memusnahkan kepimpinan Islam PAS dari dalam demi kepentingan diri atau individu lain yang tidak ikhlas dalam perjuangan...

Fitnah-fitnah yang berleluasa terhadap pimpinan PAS seperti Ust Nasa, Mustafa Ali, Dato Hasan Ali ekoran dari isu muzakarah yang diselewengkan maksudnya nampaknya telah menjadi penanda aras bahawa jentera perang saraf UMNO masih hebat dalam memecah belahkan Pakatan Rakyat khusunya PAS. Tiada siapa baik dari kalangan ahli mahupun pimpinan PAS mahu menyertai UMNO BN. Perkara ini telah diulangkali banyak kali oleh TG Hadi, TG Nik Aziz dan lain-lain pimpinan, tapi nampaknya blogger-blogger seperti Tulang Besi nampaknya terlalu benak untuk menerima kenyataan yang sebenarnya. Kenapa susah sangat nak percaya cakap pimpinan? Adakah Presiden PAS terlalu bodoh sehingga tahap tertipu dengan permainan Ust Nasa? Orang warak macam TG Hadi saya yakin bertindak atas petunjuk Allah....yakin sebab itu janji Allah. Allah akan sentiasa memelihara dan melindungi orang-orang yang ikhlas berjuang di jalan-Nya dari sebarang tipu daya....tapi orang yang tak baca Al-Quran, memang akan mudah percaya pada sumber-sumber yang tak sahih terutamanya dari orang-orang fasik....bukankah sudah diingatkan Allah dalam Al-Quran, berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik....

Kita sebenarnya sudah terlalu jemu dengan isu muzakarah ini. Sebabnya, sebagai orang yang terdidik, dan tahu menilai baik buruk, sudah tentu kita dapat menilai bahawa isu muzakarah ini satu tipu daya UMNO untuk menyelamatkan diri...itu sahaja. Tapi, blogger seperti Tulang Besi nampaknya 'makan dalam' dalam isu ini...sampai tahap nak jatuhkan Ust Nasa...kalau tak tahu hujung pangkal, jangan tuduh orang macam UMNO, sedangkan diri sendiri itu lebih UMNO dari Presiden UMNO....

Kepada Tulang Besi, kalau anda adalah jentera saraf UMNO, tahniah kerana nampaknya anda telah berjaya menerebos ke laman-laman alternatif ini untuk memecahbelahkan PAS...cuba lagi sehingga anda berjaya meruntuhkan sebuah jemaah Islam di Malaysia yang memperjuangkan hak dan keadilan untuk orang Islam dan semua kaum. Kalau anda ahli PAS, eloklah anda hubungi Ust Nasa sendiri, bercakap dengannya, dan tanyalah hal yang sebenarnya....kalau betul Ust Nasa adalah fraksi UMNO, tak perlu susah hati, Allah sudah pasti akan menghukum Ust Nasa dunia dan akhirat, yakinlah. Hidupnya akan terbuang di dunia lagi. Tapi kalau apa yang anda tulis itu adalah fitnah....saya yakin Allah itu maha adil........berhati-hatilah dan bertaubat...

Kepada Ust Nasa, bersihkan nama anda secepat mungkin kalau anda di pihak yang benar...semoga Allah mrahmati anda...amin.

Awangkita
 

Miliki dan alamilah teknologi internet terbaru, web 2.0 dengan PERCUMA.
Selamat tinggal web 1.0! (suka atau tidak, semua orang akan menggunakannya satu hari nanti)

25.07.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel