![]()
Ke Arah Mana Kita?
Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN
![]()
"Saya tidak pasti tentang populariti beliau jika dibandingkan dengan 1998. Dengan perkembangan terkini - isu Saiful dan perakuan berkanun Balasubramaniam - kewibawaan Anwar telah terjejas. Tetapi keupayaan beliau untuk memimpin tidak boleh dipertikai. Boleh didebatkan bahawa masyarakat Melayu kini mula mempercayai tuduhan terhadap Anwar. Sikapnya yang tertangguh-tangguh untuk bersumpah angkat Al-Quran juga kini menjadi isu."
Tuan-tuan tahu sapa yang cakap macam ni? Itulah kata-kata YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang tersiar dalam rencana Karim Raslan dalam akhbar Sinar Harian pada Selasa, 22 Julai 2008. Terjemahan dalam bahasa inggeris boleh dibaca dalam akhbar The Star hari yang sama.
Teman agak terperanjat dan kecewa bila membaca artikel ini. Sampai la ni teman masih berharap kenyataan in disalah tulis atau disalah tafsir oleh Karim Raslan. Tidak kisah teman kalau kata-kata ini keluar dari YDP kawasan atau ketua cawangan PAS. Tetapi ini keluar dari mulut Timbalan Presiden yang kata-katanya menjadi polisi parti. Apa yang lebih malang, rata-rata di peringkat bawahan iaitu kawasan dan cawangan, kita tidak meragui Anwar dan faham bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah yang hebat.
Di peringkat bawahan juga kita faham bahawa (sebagaimana yang teman nyatakan semalam) isu Anwar difitnah dan karisma Anwarlah yang menjadi faktor utama mengapa rakyat Malaysia beralih angin memberikan kemenangan kepada calun-calun PR termasuk PAS. Gelombang rakyat bangkit bersama isu Anwar bukan isu Hj. Hadi, Ustaz Nasha malah Tuan Guru Nik Aziz sendiri.
Teman setuju benar dengan apa yang dinukilkan oleh Malaysia Waves hari ini... http://www.malaysiawaves.com/2008/07/pas-diajar-sunnah-al-amanah-oleh.html
Dan teman juga setuju dengan kata-kata sindiran oleh saudara Fudzail dalam blognya hari ini...
Pada pemimpin PAS yang beriya-iya mahu bermuzakarah dengan UMNO, silakan. Apa salahnya bertemu, berdiskusi dan tawar-menawar untuk bersama-sama menegakkan 'ketuanan Melayu' dan 'ketuanan Islam'.Ada baik dan buruknya kalau muzakarah ini membawa PAS kembali ke dalam BN dan menjadi 'pelengkap' segala ketuanan.
Biarlah selepas ini pengundi bukan Melayu/Islam malah yang Melayu/Islam yang bencikan kezaliman UMNO tidak akan percaya lagi kepada PAS, asalkan ketuanan UMNO terus bertahan dulu, kini dan selamanya. Lebih dari itu, pemimpin UMNO yang korup, penjenayah dan anti-Islam akan terus suci dan bersih tanpa dihadapkan ke pengadilan.
Bak kata Haji Osman di SUA semalam, "baiklah kita berbincang dengan kafir (yang telah memberikan undi kepada kita dalam PRU12 yang lalu) dari kita bermuzakarah dengan si munafik yang 50 tahun mengkhianati Islam. "
Di tengah-tengah isu hangat muzakarah ini timbul pula kenyataan Ustaz Nasharudin. Bayangkan...ada survey yang dijalankan yang menyatakan lebih 80% orang UMNO sendiri tidak percaya kes liwat ini....macamana orang agama, orang bijak dan orang canggih dan savvy macam Ustaz Nasharudin boleh goyang? Lebih-lebih lagi dari segi sumpah menyumpah ini.
Teman kagum dengan pendirian dan pendapat Ustaz Nik Abduh dalam program Hiwar Perdana di SUA 2 minggu lepas. Begitu jelas dan terang dengan nas sekali. Dalam islam jika kita membuat tuduhan zina dan liwat kita perlu mendatangkan 4 orang saksi yang bebas dari sifat fasik. Beliau membawakan contoh Amirul Mukminin, Saidina Omar AlKhatab yang bertanyakan pendapat kepada Saidina Ali Bin Abi Talib berkenaan dengan persaksian ini? Dan kisah ini tentunya Ustaz Nasharudin lebih arif. Tanpa 4 saksi yang memenuhi ciri tersebut, Anwar adalah lelaki suci di pandangan kita.
Jika ada apa-apa yang tidak berkenan di hati, berdiskusi, bermuzakarah, berwacana dan berdailog dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah jauh lebih baik dan bijak dari menyerahkan tengkok kepada UMNO. Wallahu'alam.
Masih belum terlambat untuk kita duduk semeja melihat semuanya dalam kanta yang lebih jelas.
Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan
23.07.2008
Miliki dan alamilah teknologi internet terbaru, web 2.0 dengan PERCUMA.
Selamat tinggal web 1.0! (suka atau tidak, semua orang akan menggunakannya satu hari nanti)![]()
Ditaja oleh:![]()
Emel