Peluang Keemasan
Oleh: Firdaus (Kopitiam Bang Nan)- Laman M@RHAEN

 
 

Sahabat teman (Saudara Akal Budi) yang sehaluan dan sering bertukar-tukar pandangan telah menghantar satu email kepada teman. Pada teman ianya amat cantik untuk disiarkan dalam blog teman...teman mengalu-alukan pendapat sebegini untuk dikongsi bersama...
 
 

Seingat teman, belum ada dalam sejarah perjuangan PAS parti mulia ini mempunyai peluang yang begini besar. Peluang untuk berkhidmat dan melaksanakan misi khilafah dan peluang untuk mengemukakan kecantikan dan keshumulan Islam. Belum pernah terjadi dalam sejarah perjuangan PAS orang bukan Islam beduyun2 membantu memenangkan calon pas dan sanggup bercekang mata dan mengeluarkan dana untuk tujuan itu.

Lantaran itu, amat tidak wajar bagi kita untuk tidak menghayati perkembangan positif ini dan merangka pelan tindakan susulan. Seharunsya kita di setiap peringkat terutama di peringkat pimpinan sedang sibuk memerah otak untuk merancang strategi bagaimana kepercayaan yang tinggi ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan. Sudah tiba masanya pemimpin kita mula meluaskan ruanglingkup pemikiran dan “kecaknaan” kita bukan sekadar kepada ahli dan orang melayu malah bagaimana untuk berperanan sebagai pembela nasib seluruh rakyat Malaysia di atas nama keadilan dan keperihatinan Islam.

Sekiranya pihak pimpinan merasakan adalah wajar untuk mula bermuzakarah atau bermuqabalah atau bermuswarah dengan UMNO atas dasar kekuatan melayu dan Islam, teman rasa buat masa ini yang lebih aula bagi PAS ialah untuk bermuzakarah atau bermuqabalah atau bermusyarah dengan pihak2 yang sama2 berjuang di dalam Pakatan Rakyat.

Berbincanglah dengan PKR dan DAP bagaimana corak dan halatuju Malaysia. Apa yang parti kita nak tawarkan pada pembentukan Malaysia yang lebih baik yang akan sama2 dikemudi nanti. Jangan sampai bila dah dapat memerintah baru mula nak bincang dan baru mula nak fakir.

Bagi teman, muzakarah atau bermuqabalah atau bermuswarah dengan UMNO bukanlah sepatutnya menjadi keutaman kita pada masa ini. Kenapa secara tiba2 kita mula mengambil kisah pasal perjuangan Melayu UMNO sehingga sanggup berjumpa ketua mereka dengan senyap2 sehingga membuka ruang parti kita untuk dicurigai oleh parti2 yang sekapal dengan kita. Bukankah disebabkan kepercayaan mereka YB Nizar dapat menjadi MB di Perak???

Mungkin ini peluang pertama dan terakhir bagi PAS!!!

Ya ALLAH selamatkanlah kami!!!
 

Kiriman Firdaus - Kopitiam Bang Nan

25.07.2008

Miliki dan alamilah teknologi internet terbaru, web 2.0 dengan PERCUMA.
Selamat tinggal web 1.0! (suka atau tidak, semua orang akan menggunakannya satu hari nanti)

Ditaja oleh:
Site Meter


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel