TG Hadi, Ustaz Nasharudin akan kalah dalam Pemilihan Pas!


 
 


 

Dalam keadaan Pas bersama Pakatan Rakyat hanya menunggu masa untuk
menguasai Putrajaya, terdapat beberapa pimpinan Pas yang menjadi
'pengkhianat' untuk menggagalkan rancangan yang berkenaan.

Kenapa Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Dr
Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali sanggup berbuat
demikian? Isu ketuanan Melayu, mendakwah Umno dan sebagainya yang
dihujahkan oleh mereka hanyalah untuk menguatkan hujah dangkal mereka
semata-mata.

Mereka berlima orang ini perlu bersedia dengan jawapan kerana kami
ahli-ahli Pas di peringkat bawahan ini akan ke Muktamar Pas di Ipoh
tidak lama lagi.

Dan kami akan pastikan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat
Isa, Dato Dr Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali kalah
dalam Pemilihan Pas tahun hadapan!

Kiriman Saiful

22.07.2008


Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel