![]()
Kecewa Ada Pemimpin PAS berunding dengan Penipu!!
Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN
![]()
Siapa tidak tahu track record Paklah, menipu dan memungkiri janji, dia bukan sahaja memungkiri janji dengan lawan politik tetapi kawan dalam pasukannya termasuklah perjanjiannya dengan Dr Mahathir. Menipu dan berbohong adalah sikap utama dalam golongan orang Fasiq, malah orang Fasiq kesaksiannya juga ditolak oleh Islam. apakah pemimpijn Pas tidak tahu kegemaran Paklah menipu dan menikam kawan dan lawan dari belakang? dari sejarah geng Parti Semangat 46, isu pendidikan sekolah Agama Rakyat sehinggalah dalam hal hal melibatkan kepentingan Rakyat Paklah sememangnya penipu.
Bermuzakarah tidak ada salahnya.. kenapa kita tidak sahaja cari mana mana ahli Parlimen dari Umno yang mahukan perubahan dan beralih kepada Islam untuk berunding? ramai ahli Umno diluar sana bersedia berubah tetapi mereka tidak yakin untuk terjun kedalam Parti seperti Keadilan yang disifatkan sebagai parti bermusim seperti semangat 46, kenapa tidak sahaja Pas mengikut rentak Anwar bertemu dengabn pemimpin pemimpin dalam Umno berunding untuk mereka lompat Parti dan beralih kepada pakatan rakyat? tetapi berbicang soal tawaran jawatan dan kuasa dari Paklah yang paling kuat menipunya, terus terang saya cakap dari hari pertama Paklah menjadi Perdana Menteri naluri hati saya tidak pernah suka dengan Paklah. malah kebencian saya kepada Paklah lebih dari kebencian saya kepada Dr Mahathir. dia menggunakan agama(Islam hadhari) menipu Rakyat, malah menjadi penyebab banyak dari sekolah agama rakyat yang dahulunya melahirkan pejuang pejuang Pas tutup satu persatu dengan asakan dan tawaran Dunia dari paklah. dia laksanakan JQAF menyebabkan guru guru sekolah agama rakyat lari dan graduan yang pulang dari mesir dan jordan menebal sikap penakut untuk dekat kepada PAS, secara jujur saya minta orang Pas lihat sekeliling anda, dalam jamaah anda? mana pergi ustaz ubtaz dari mesir? saya rasa lebih ramai profesional dan bukan ahli agama yang dekat dengan jamaah Islam, sebab apa? sebab kebanyakannya takut kalau kalau hilang gaji dan elaun.JQAF. ini yang saya lihat disekeliling saya dan sikap penakut kawan kawan saya. Dosa Paklah terlalu banyak kepada Islam apakah pemimpin Pas tidak pernah sedar. lihat apa jadi dengan warisan sekolah agama rakyat yang dibina oleh ustaz ustaz dan pak pak lebai dalam Pas, sudahkah ianya tergadai kepada kerajaan Pusat?
perbincangan ini dan usaha memecahbelahkan Pas sudah saya tahu lebih dari 2 bulan yang lalu. malah secara jujur saya katakan Presiden PAS bukanlah orang yang terlibat dalam soal Muzakarah dengan Umno. tetapi golongan Opportunis dalam Pas. disatu sudud ada golongan yang saya gelar "kaum Muda" ala ala Wahhabi dan mungkin juga kelompok Wahhabi terlibat dalam usaha ini, termasuklah Idea asal Muzakarah adalah dari Mufti Perlis. di Perak kerja menghasut juga bertiup kencang dari golongan wahhabi yang berpengkalan di Markaz surau Mujaheden,. merekalah barua Mufti Perlis, usaha menghasut mereka kearah mahu menjatuhkan mufti Perak denga bermacam macam fitnah. bab itu saya akan tulis dalam artikel yang akan datang.
Diminta semua pemimpin Pas mengambil kesempatan memujuk wakil rakyat Umno supaya menerima Islam. dan beralih ke Pakatan rakyat bukannya berbincang soal tawaran kuasa dan jawatan dengan Paklah. sebenarnya Presiden Pas yang mengalami masalah kesihatan akhirn akhir ini diambil kesempatan oleh golongan tertentu. saya akan dedahkan dalam artikel akan datang. glongan ini sebahagian besarnya "kaum muda" dari Selangor..
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN- Reformis Muda
23.07.2008
Miliki dan alamilah teknologi internet terbaru, web 2.0 dengan PERCUMA.
Selamat tinggal web 1.0! (suka atau tidak, semua orang akan menggunakannya satu hari nanti)![]()
Ditaja oleh:![]()
Emel