Sokongan kepada saf kepimpinan PAS 
– InsyaAllah kami di belakang anda!

Oleh: Ukhuwah Fillah


 

Saya berasa amat sedih dan kesal dengan sikap segelintir sahabat-sahabat bloggers yang sejak isu muzakarah ini tak habis-habis mempertikaikan malah menghentam tak tentu fasal Ust Nasharuddin, Mustafa Ali dan lain-lain yang katanya mengadakan rundingan 3 kali dengan UMNO. Saya tidak menyalahkan sekiranya yang menghentam itu terdiri daripada mereka-mereka yang baru mahu berjinak dengan PAS atau orang kampung yang tiada internet. Tapi nampaknya yang menghentam tu terdiri daripada bloggers yang sekarang ni ada kedudukan dalam PAS, atau di negeri yang diperintah PR, maknanya ahli PAS yang bukan calang-calang, orang lama, ada kedudukan…apa ni?

Malah ada blogger yang mempertikaikan muka Ust Nasha nampak macam monyok di belakang TG Nik Aziz selepas mesyuarat di JKR 10 semalam, seolah-olah Ust Nasha ni macam tak sebulu sangat dengan TG, seolah-olah Ust Nasha yang dengan diri sendirinya menginisiatifkan pertemuan dengan UMNO. Macamlah Ust Nasha tu bersalah sebab terlalu bodoh nak buat tindakan sendiri. Ini penilaian yang telalu spekulatif, dan mendekati fitnah…bahaya sangat-sangat ni….!

Cubalah kalian terutamanya para bloggers yang ada kedudukan dalam PAS, yang mana blog-blog anda dikira sangat berkredilibiliti untuk dipercayai, berfikir panjang sikit sebelum menulis. Tulisan-tulisan anda menjadi tatapan ramai pembaca. Tidakkah tindakan memburukkan pimpinan sendiri memberi impak negatif kepada PAS dan kepimpinan keseluruhannya.

Saya percaya, saf kepimpinan kita seperti TG Hadi, Ust Nasha, Dato Hassan Ali, Mustafa Ali, dan lain-lain yang diperkatan selama ini bertindak atas arahan jemaah. Mereka hanya melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh jemaah, itu sahaja. Tak kiralah atas mauduk apa, muzakarah ke, muqabalah ke, atau apa istilah sekalipun….kenapa kita fikir yang pertemuan itu akan menghasilkan perkahwinan PAS-UMNO? Kenapakita berfikir negatif? Bukankah TG Presiden telah berulang kali memberitahu, tiada rundingan dalam ertikata PAS masuk BN….tiada! Tak timbul masalah Ust Nasha runding lalu pintu belakang nak masuk UMNO….apa selama bertahun-tahun lamanya Ust Nasha dalam PAS, akhirnya dia nak khianat pula perjuangan PAS?

Tolonglah….jangan politikkan isu muzakarah ini sehingga mencapai tahap memfitnah pimpinan sendiri. Saya menyokong penuh tulisan Roslan SMS yang meminta para sahabat bloggers berlapang dada tentang apa yang berlaku. Pimpinan dalam PKR, dalam DAP pun tak melompat bila timbul isu muzakarah ni, sebab mereka tahu apa sebenarnya yang PAS cuba lakukan, tetapi ahli PAS sendiri yang melompat tak tentu arah macam kena sampuk!!!

Berkenaan dengan isu seolah-olah muzakarah 3 kali ini dilakukan tanpa pengetahuan sebahagian kecil pimipinan atasan PAS, tidak patut timbul masalah sebenarnya. Sebagai contoh, Sdr Mahfuz pernah mengatakan bahawa tiada rundingan UMNO-Pas…memang betul pun tiada rundingan UMNO-PAS…yang ada seperti yang Ir Khalid Samad beritahu adalah pertemuan PAS dengan UMNO demi PR, nak bagitau pada UMNO ni, jangan kacau pentadbiran PR….tunaikan tanggungjawab dan hak rakyat, itu pun salah ke? Sekali lagi diulangi, adakah itu rundingan PAS masuk UMNO namanya? Berkenaan kes Dato Hassan Ali pula, cubalah kita positif sikit, at that moment of time, siapa sangka BN boleh tumbang pada pembangkang di Selangor? Memang pada asasnya tindakan Dato’ Hassan Ali, sekiranya benar sekalipun pernah berjumpa dgn Khir Toyo adalah tidak sepatutnya, maafkan sahajalah…keadaan pada waktu dan ketika itu kritikal…sekarang semuanya sudah OK, tak sangka pula DAP boleh bekerjasam dengan PAS. So, apa lagi? Kenapa percaya Khir Toyo, percaya Pak Lah, lebih dari percaya TG Hadi, Ust Nasha, Dr Hassan….?

Kepada para bloggers terutamanya yang ada jawatan dalam PAS, tak kira anda sudah jadi exco, pembantu exco, ahli majlis atau sebagainya, tolonglah, tulisan anda sentiasa menjadi rujukan orang-orang macam kami ni, ahli biasa dalam PAS. Walaupun kami ahli biasa, kami dah lama kenal PAS. Bukan masuk PAS pasal reformasi, kami berada dalam PAS sebab Islam. Berfikirlah sebagaimana sepatutnya orang bijak pandai berfikir. Anda tahu UMNO sengaja menggunakan isu muzakarah ini untuk memecah belahkan PR, jangan pula anda memilih untuk ‘membantu’ memusnahkan lagi saf kepimpinan Pas dari dalam.

Cukup-cukuplah menyerang, tak siapa yang nak PAS masuk UMNO. TG Nik Aziz banyak kali bagi penekanan…TG Hadi pun dah jelaskan apa yang berlaku….apa lagi yang anda semua nak Ust Nasha buktikan.

Kecualilah sekiranya anda mempunyai agenda tersembunyi, nak jatuhkan pimpinan PAS yang berkaliber macam Dr Hassan Ali, Ust Nasha dan lain-lain sebab kononnya nak naikkan pemimpin lain yang mungkin lebih baik pada firasat anda…yang lebih ulamak, yang lebih alim…..terserahlah….semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang perbuatan yang merugikan jemaah…

Ingatlah wahai saudara-saudaraku, musuh Islam itu sentiasa mencari jalan dari luar dan dalam untuk memusnahkan Islam. Saya yakin TG Hadi, TG Nik Aziz, Ust Nasha dan semua saf kepimpinan kita sentiasa bertindak atas petunjuk Allah, dan yakinlah, sekali-kali mereka-mereka ini tidak akan mengkhianati perjuangan Islam. If they dare to do that, siaplah, saya pasti hidup mereka tak akan selamat dunia akhirat.

Sekadar renungan dan muhasabah..kita makhlukNya yang lemah…..semoga sahabat-sahabat bloggers akan terus memainkan peranan memberikan gambaran positif terhadap kepimpinan PR khusunya PAS…kami amat mengharapkan tulisan-tulisan berkredibiliti dari anda…kritikan dan fitnah, adalah dua perkara yang berbeza…jangan layan UMNO yang dah nak pupus tu. Isu muzakarah sudah selesai ….

Allahu Akbar !!!
 

Ukhuwah Fillah

25.07.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel