Muqabalah, PKR Harus Dijemput Sama
Oleh: Ulit Mayang


 

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang dan diharap-harapkan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Muzakarah atau Muqabalah, yang pentingnya ada kesepakatan dan persetujuan, sekurang-kurangnya pada masa sekarang ini, yang hanya melibatkan UMNO dan PAS sahaja, dapat diteruskan.

Benar, PAS dan UMNO merupakan tempat dimana orang-orang Melayu bergantung harap, tetapi harus jangan dilupakan, sekiranya betul niatnya ikhlas untuk kebaikan islam, maka PKR harus perlu dijemput sama dalam siri-siri MUQABALAH, pada masa-masa akan datang

Harus perlu ada kejujuran dan kesedaran serta memperakui, bagi kedua-dua pihak, bahawa PKR juga didokong dan disokong serta dianggotai oleh sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu

Mereka ini sebahagaian besarnya pula, adalah terdiri dari bekas-bekas pemimpin dan ahli-ahli UMNO, yang berusaha mencari keadilan, kesaksamaan dan kebajikan bagi orang-orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana, didalam PKR juga menjadi tempat sebahagian dari orang-orang Cina, India dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, yang juga turut mencari tempat bagi memperjuangkan kebajikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya

Mungkin, boleh dieprtimbangkan juga nanti, Muqabalah ini akan disertai oleh seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, parti dan agama. Itupun sekiranya adanya keikhlasan semua pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia
 
 

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

25.07.2008

Ditaja oleh:


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Emel