![]()
Seminar Pengurusan Harta Pusaka di Parit Buntar
Daripada PAS Parit Buntar- Laman M@RHAEN
![]()
PARIT BUNTAR : Isu harta pusaka popular di kalangan orang Melayu kerana isu ini banyak mencetuskan pergaduhan, salah faham, perkelahian sesama adik beradik. Keadaan ini menyebabkan adik beradik tidak bertegur sapa malah lebih berat sehingga ke tahap berlaku parang memarang sesama saudara .
Keprihatinan terhadap isu yang melanda masyarakat ini, maka Dewan Muslimat PAS Parit Buntar mengambil inisiatif mengadakan Seminar Pengurusan Harta Pusaka di Dewan Serbaguna Pejabat Agama Parit Buntar. Pembentangan kertas kerja disampaikan oleh En. Mohd Hazri bin Abu Hassan Pengurus Kanan Syibab Exellence Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang merupakan rakan strategik Amanah Raya.
Seminar yang bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari telah menarik kehadiran masyarakat Islam di Parit Buntar tanpa mengira perbezaan parti.
Menurut Pengarah Seminar, Dewan Muslimat mendapat permintaan dari penduduk Islam supaya mengadakan program berkaitan pengurusan harta kerana ramai yang masih belum faham hukum faraid ini.
"Memandangkan seminar hari ini mendapat sambutan menggalakkan, Dewan Muslimat akan mengadakan seminar ini untuk siri ke 2. Seminar yang ke 2 akan melibatkan peserta yang lebih ramai dan menyeluruh di Parit Buntar." Jelasnya.
Seminar ini mendapat kerjasama Pusat Khidmat ADUN Titi Serong dan dirasmikan oleh ADUN Titi Serong YB Drs Khalil Idham Lim bin Abdullah. Turut hadir Peguam Ahmad Azhar Hj. Sharin NYDP PAS Kawasan.
Kiriman Webmaster Laman PAS Parit Buntar
23.07.2008
![]()
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel