![]()
Tiga Pimpinan PAS Parit Buntar
dipilih Sebagai Ahli Majlis Daerah Kerian
Daripada PAS Parit Buntar- Laman M@RHAEN
![]()
PARIT BUNTAR : Yang Dipertua PAS Kawasan Haji Harun bin Haji Hashim adalah tiga orang pimpinan PAS Kawasan telah dipilih untuk mewakili PAS sebagai Ahli Majlis Daerah Kerian. Pimpinan lain yang dipilih ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Sdr. Bahrain bin Mat Desa dan Haji Shaari bin Yaakob AJK PAS Kawasan.
Menurut Setiausaha PAS Kawasan Azhari bin Hadi, pemilihan mereka berdasarkan kreteria yang telah ditetapkan oleh PAS Kawasan. Haji Harun akan mewakili DUN Titi Serong, Sdr. Bahrain mewakili DUN Kuala Kurau dan Haji Shaari dipilih kerana pengalamannya yang luas dalam pentadbiran daerah. Beliau pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Sdr. Bahrain yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan dan Kerajaan Negeri Perak kerana melantik beliau sebagai Ahli Majlis Daerah Kerian. Beliau berjanji akan sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik sebagai Ahli Majlis Daerah Kerian.
bahrain2.jpg Bahrain picture by paspb" Pemilihan saya adalah mewakili rakyat dan tentunya saya akan membawa permasalah rakyat dalam mesyuarat Ahli Majlis. Sekiranya rakyat mempunyai masalah berkenaan perkhidmatan Majlis Daerah Kerian boleh berjumpa saya di Pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar " beritahu Sdr. Bahrain.
Sementara itu, Sdr. Adhan bin Abdul Rahim AJK PAS Kawasan mengingatkan Ahli Majlis Daerah yang dicadangkan oleh PAS Kawasan supaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik kerana mereka juga sentiasa dipantau oleh PAS Kawasan sama seperti Wakil Rakyat PAS di Parit Buntar.
Pemilihan 3 orang lagi Ahli Majlis Daerah Kerian yang mewakili PAS dipilih oleh PAS Kawasan Bagan Serai. Majlis Daerah Kerian mempunyai 24 orang Ahli Majlis, 1/3 daripadanya mewakili NGO dan profesional yang berada dalam kawasan Parit Buntar.
Menurut satu sumber terdapat 2 orang yang dipilh mewakili profesional adalah doktor dan terdapat juga seorang wartawan yang terpilih. Setakat ini senarai penuh Ahli Majlis Kerain masih masih belum diterima.
Kiriman Webmaster Laman PAS Parit Buntar
23.07.2008
![]()
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1
Tajaan: PerigiDuit
Emel